Saturday, October 23, 2010

Indahnya dilamun CINTA...?!!

Semua manusia ingin mencintai dan dicintai. Itulah adalah merupakan sifat fitrah semulajadi manusia yang saling memerlukan diantara satu sama lain. Apabila umur sudah meningkat namun masih tidak mempunyai calon untuk dijadikan sebagai teman hidup semua ini akan menjadi kerisauan dalam diri dan sedih dek masalah yang dihadapi itu. Oleh sebab itu, semuanya sedang sibuk mencari cinta yang diingini oleh fitrah mereka sebagai manusia, bagaimanapun mereka terlupa untuk mencari cinta yang hakiki iaitu cinta kepada pencipta yang Maha Agung, yang mana cinta kepada Allah merupakan cinta yang hak dan tiada tandingnya dengan cinta-cinta biasa.

Sesungguhnya sesiapa yang meletakkan cintanya hanya kepada Allah Taala pasti mereka akan memperolehi kebahagian yang tidak terhingga dan tidak ternilai didunia dan akhirat. Ramai manusia pada hari ini, yang berusaha pelbagai cara semata-mata hanya untuk mendapatkan cinta manusia yang mana hanya akan membawa mereka kepada kehancuran sekiranya cinta yang diperolehi itu membawanya kelembah kemaksiatan. Hal ini berlaku apabila mereka merasakan cinta kepada manusia itu adalah segala-galnya bagi mereka dan mereka hanya mengharapkan kebahagiaan di dunia semata-mata tanpa mengharapkan kepada kebahagiaan yang lebih hak iaitu kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

Namun tidak salah untuk bercinta sekiranya cinta itu akan membawa kepada kebaikan dan kerehdaan Allah Taala. Ini kerana kita sebagai manusia perlu meletakkan cinta kepada Allah sebagai cinta pertama dalam hidup kita. Sesungguhnya cinta kepada Allah Taala akan membawa kebahagiaan dan ketenangan, hal ini terbukti apabila kita sayang kepada sesuatu kita akan berusaha untuk mendekatinya, menghampirinya, mendapatkanya dan hal ini juga patut dilakukan untuk mendapatkan cinta dariapada Allah Taala dan sesungguhnya orang yang memperolehi cinta teragung adalah tergolong daripada orang yang beruntung.


Sebagaimana yang diketahui bahawa janji Allah Taala itu pasti dan tidak mengecewakan sesiapa yang mengharapkan cintaNya. Hal ini terbukti apabila kita selangkah kita mendekatiNya sudah pasti seribu langkah Allah Taala akan mendekati kita, dan betapa indahnya jika kerinduan kita hanya padaNya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan cinta daripada Nya. Dan sesungguhnya sesiapa yang mendapat cinta Allah sudah pasti dia akan merasakan kebahagiaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Setiap hari kita mengharapkan dapat bertemu dengan sang kekasih yang dirindui dan sesungguhnya kerinduaan dan kecintaan kita hanya untuk Nya Maha Penyanyang, dengan ini sekaligus akan mendorong untuk kita beribadat dan mendekatkan diri kepadaNya serta akan patuh dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Nya tanpa melakukan perkara yang hanya akan mendatangkan kemurkaan dan kemurkaan Nya sahaja. Setiap hari kita akan membuat kebaikan dan setiap apa yang kita lakukan itu adalah ikhlas kepada Allah Taala sahaja.

Dengan ini jelas menunjukkan betapa bahagianya seseorang itu apabila cinta yang diinginkan itu hanya kepada Allah Taala. Sekaligus ianya akan mendorong kita untuk melakukan yang terbaik supaya tercapainya cinta yang diharapkan selama ini iaitu cinta yang sejati cinta dan cinta yang hanya akan memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa, betapa bahagia dan indahnya jika segala cinta diserahkan kepada Ilahi.

Oleh itu, mengapa kita perlu mencari cinta yang hanya membawa kita kepada kemusnahan dan kesusahan sedangkan cinta Allah Taala sentiasa ada bersama dengan kita…carilah CINTA yang direhdai Allah Taala kerana padanya telah dijanjikan oleh Allah Taala kebahagiaan dan ketenangan yang abadi. Dengan itu kita akan dapat merasai keindahan CINTA yang sebenar iaitu CINTA kepada Allah Taala yang kekal abadi hingga ke akhirnya..betapa indahnya dilamun cinta yang hakiki..

Wednesday, September 22, 2010

Berzinakah kita........?!

"Kami tidak berzina !...Maaf saya tidak menuduh awak berzina ,tetapi
awak menghampiri zina. Kami hanya barbual- bual, berbincang,. Bertanya
khabar, minum-minum di kafe. Adakah itu menghampiri zina?
Ya,perbuatan itu boleh menjerumuskan pelakunya ke
lembah penzinaan......
Kami dapat mengawal perasaan dan kami tidak
berniat ke arah itu.....
Hari ini ya.Esok mungkin kamu kecundang.Iblis akan memerangkap
kamu.Iblis amat berpengalaman dan tipu dayanya sangat halus.... Ia telah
menipu moyang kita yang pertama,Adam dan Hawa. Iblis amat licik.

Ingat pesanan Rasulullah : "Janganlah engkau bersendirian dengan seorang
wanita kecuali yang ketiganya ,syaitan"(Tabrani)

Tidak semestinya semua orang bercinta* menjurus kepada penzinaan. Ada yang bercinta dalam telefon dan hantar SMS sahaja.Tidak pernah bersua muka pun!
Betul .Tetapi itu adalah salah satu yang dimaksudkan dengan menghampiri
zina. Memang pada awalnya tidak bersua muka. Tapi perasaan pasti bergelora,lambat laun desakan nafsudan perasaan serta hasutan Iblis akan mengheret kepada suatu pertemuan. Pertemuan pertama tidak akan terhenti disitu sahaja. Percayalah, ia akan berlanjutan. Tidakkah itu boleh membawa kepada perzinaan akhirnya?

Takkan nak berbual-bual pun tak boleh? Itupun zina ke?
Zina ada bermacam-macam jenis dan peringkatnya, ada zina betul, ada zina
tangan iaitu berpegang pegangan, ada zina mata iaitu melihat kekasih dengan perasaan berahi. Zina hati iaitu dengan khayalan berahi dengan kekasih sepertimana yang digambarkan oleh Rasulullah : "Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua kaki juga berzina dan zinanya menuju ke tempat pertemuan. Mulut juga berzina dan zinanya adalah ciuman" (muslim dan Abu Daud).

Sebenarnya jalan menuju kepada perzinaan amat banyak.... Jangan biarkan
diri kita melalui mana-mana jalan perzinaan.....

Duduk berdiskusi pelajaran tak boleh ke? Bincang pelajaran sahaja!
Berdiskusi pelajaran, betul ke? Jangan tipu. Allah tahu apa yang terselit di dalam hati hamba-hambaNya. Kita belajar nak keberkatan. Kalau cemerlang sekalipun, kalau tidak diberkati oleh Allah, kejayaan tidak akan membawa kebahagiaan. Hidup di dunia tidak bahagia,akhirat lagilah. Jangan berselindung disebalik pelajaran yang mulia. Allah suka kepada orang berilmu. Jadi belajar hendaklah ikut batas dan ketentuan Allah. Belajar akan jadi ibadat. Adakah berdiskusi macam ni akan ditulis oleh malaikat Raqib dan Atid.

Takkanlah tak ada langsung ruang yang dibenarkan dalam Islam untuk
bercinta? Adakah Islam membunuh terus naluri cinta?
Naluri adalah sebahagian daripada kesempurnaan kejadian manusia. Naluri ingin memiliki dan suka kalau dimiliki adalah fitrah. Kalau naluri itu tidak wujud pada diri seseorang, tak normal namanya Islam bukan datang membunuh naluri dan keinginan itu, tidak! Islam tidak suruh membunuh naluri seperti yang dilakukan oleh para paderi atau sami. Jangan nafikan naluri ini.

Jangan berbohong pada diri sendiri. Bukan salah dan berdosa kalau
perasaan itu datang tanpa diundang. Itu adalah fitrah. Cuma tundukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya. Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu. Tentu ada cinta secara Islam. Cinta secara Islam hanya satu, iaitu perkahwinan. Cinta berlaku setelah ijab kabul, cinta selepas kahwin. Itulah cinta sacral dan qudus. Cinta yang bermaruah. Bukan cinta murahan. Inilah kemuliaan Islam. Apabila Islam menegah sesuatu perkara, tentu ia gantikan dengan sesuatu yang lebih baik. Jika ia menegah cinta antara lelaki dan perempuan sebelum kahwin, ia membawa perkahwinan sebagai ganti yang lebih baik.
Sabda Rasulullah :
"Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah" (Ibnu Majah).
Cinta adalah maruah manusia. Ia telalu mulia.

Masih adakah orang yang tidak bercinta di zaman ini?
Ya, masih ada orang suci dalam debu. Golongan ini akan sentiasa ada walaupun jumlah mereka kecil. Mereka akan bertemu suatu hari nanti. Mereka ada pasangannya.
Firman Allah: "Dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang- orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina)... Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar" (Surah Al-Ahzab: 35)

Bagaimana kami?
Kamu masih ada peluang. Bertaubatlah dengan taubat nasuha. Berdoalah serta mohon keampunan dariNya. Mohonlah petunjuk
dan kekuatan untuk mendapat redhaNya.

Kami ingin mendapat redha Tuhan. Tunjukkanlah bagaimana taubat nasuha. Taubat yang murni.
Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat yang memenuhi tiga syarat:
1. Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini.
2. Menyesal. Menginsafi diri diatas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam percintaan.
3.Berazam. Bertekad didalam hati tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan seseorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul. Ingatlah semakin bebas pergaulan sebelum berkahwin, semakin hambar & kurang rasa cinta setelah menjadi suami isteri.

Tuesday, August 31, 2010

Dekatnya kiamat...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari
dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim
dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah

4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &hubungan dengan tetanggatidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
& sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukanterhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" Riwayat Thabrani
george bush

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecualiyang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad
jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah
kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." –Riwayat Ahmad
tengok kes peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir

Monday, August 23, 2010

BIDADARI ITU ADA DI BUMI...

Wanita ialah perhiasan dunia, indahnya dunia jika ada kehadiran wanita yang dilihat sebagai muslimah yang sejati serta di pandang mulia oleh Allah SWT dan di pandang mulia oleh masyarakat. Bagaimanapun untuk menjadi seorang wanita yang baik dan sejati perlu adanya sikap yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri seperti menjaga aurat, menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri dan keluarga serta mempunyai sifat malu yang tinggi.Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah an-Nur yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain tudung ke dadanya."
Sesungguhnya untuk menjadi seorang wanita yang sejati dan layak untuk mendapat syurga seperti yang dijanjikan Allah adalah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Nya. Sifat malu sangat penting dalam diri seorang wanita itu kerana dengan adanya sifat malu inilah yang akan menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat kepada Allah Taala.

Bagaimanapun, jika kita lihat pada hari ini wanita sudah hilng malu dalam dirinya dan tidak segan silu lagi untuk melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita. Hal ini terbukti apabila kita lihat kepada fesyen pakaian dan tududng sekarang semuanya sudah trepesong daripada apa yang telah digariskan oleh syarak. Dengan ini akan menyebabkan mereka sudah berani mendedahkan aurat, melakukan perbuatan yang terkutuk seperti berzina, bergaul bebas antara lelaki, dan banyak lagi.

Kita sebagai seorang wanita atau muslimah perlu menjaga adab-adab kita sebgai seorang muslimah yang sejati. Dengan adanya wanita yang baik dan patuh pada agama itu menunjukkan adanya bidadari di dunia lagi, kerana untuk menjadi seorang wanita yang baik dan dilihat seperti bidadari ilaha dengan menjaga diri daripada semua anasir yang boleh mencemarkan kita. Wanita itu seperti bunga, oleh itu kita perlu menjdai bunga yang kembangnya mekar mewangi sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga. Kita jangan biarkan kelopak kita disentuh oleh tangan-tangan kasar, jangan ada kumbang-kumbang ganas yang menghisap madu kita dan jangan biarkan gagak-gagak hitam merosakkan serimu kerana kita ratu idaman kalbu.

Wanita adalah perhiasan dunia, yang mana jika indahnya wanita itu akan indahlah dunia ini. Wanita atau muslimah juga merupakan bidadari di dunia. Bagaimanapun untuk menjadi bidadari yang dipandang mulia oleh manusia dan yang terutamanya di pandang mulia oleh Allah Taala dengan menjadi sebagai seorang muslimah yang sejati.

Wahai wanita telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai nafsu. Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin…. Sesuatu yang tidak mungkin.

Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu – lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar. Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton tv/filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu mereka sendiri, dan pada penghujungnya kebiasaan kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap.

Tidak hina menjaga dirimu selaras dengan kehendak agama kerana itulah prasyarat untuk memiliki kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan juga akhirat.

Friday, August 20, 2010

PELAJAR FPI SEPI TANPA AL-QURAN ?..

Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tafsiran mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara apa sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!. Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Quran?Kalam Allah Yang Maha Agung. Bagaimanapun, manusia pada hari ini sudah ramai yang meninggalkan kalam Allah ini dan menganggap ianya hanya perlu dibaca ketika diperlukan sahaja serta kalam Allah ini semakin ditinggalkan.

Perkara ini jelas dapat dilihat dalam kalangan pelajar pengajian Islam itu sendiri apabila mereka sudah kurang mengamalkan amalan membaca al-Quran, yang mana sikap ini sangat penting untuk menjadikan seseorang itu dekat dengan Penciptanya. namun apabila dikaitkan dengan sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Allah berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia". Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah. Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikru-llah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan. ".

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya. Inilah antara kebesaran yang terdapat pada al-Quran dan jelas menunjukkan kita sebagai umat Islam seharusnya membaca al-Quran walaupun hanya beberapa huruf sahaja sehari.

Sesiapa yang mengamalkan membaca al-Quran pasti jiwanya akan menjadi tenang. Perkara ini bersesuaian dengan kehadiran bulan yang berkat iaitu bulan ramadhan di mana kita digalakkan untuk mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah Taala. Oleh itu dengan membaca al-Quran kita akan dapat menambahkan amalan dibulan mulia serta dapat mendekatkan diri kita kepada pencipta Yang Esa sekaligus tidak melupakan kekasih yang agung buat kita sebagai manusia di dunia ini. Jangan hanya ingin menjadi kekasih yang setia kepada manusia sahaja tetapi jadilah juga diri kita sebagai kekasih yang setia kepada al-Quran. Cukuplah sekiranya kita dapat membacanya sekadar beberapa patah sahaja daripada ianya ditinggalkan dan dilupakan terus oleh kita. Biarlah hati kita merasa sedih kerana tidak dapat membaca al-Quran, bukannya merasa sedih kerana tidak dapat membaca mesej serta surat daripada kekasih yang kita cintai. Hal ini kerana cintailah al-Quran terlebih dahulu sebelum mencintai manusia.

Bagaimanapun itulah realitinya pada hari ini, yang mana para pelajar terutamanya yang mengambil dalam bidang pengajian Islam, mereka sudah sunyi dari amalan yang mulia ini, mereka lebih sibuk dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebahagian di dunia sahaja, namun mereka juga terlupa untuk mencari kebahagiaan di akhirat. Mereka membaca al-Quran hanya bila diperlukan sahaja dan bukannya menjadi rutin harian mereka lagi.

Al-Quran akan menjadi panduan buat kita sebagai seorang pelajar Islam kerana apa yang kita lakukan juag perlu berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya, bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan?Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan. Untuk menyiapkan asainment kita sanggup tidak tidur malam, namun adakah kita sanggup untuk berjaga malam semata-mata untuk beribadah kepada Allah?. Tanyalah pada diri sendiri dan hanya kita yang mampu menjawabnya.

Sunday, July 18, 2010

Nilai Seorang Wanita

Allah telah menciptakan kaum hawa dengan seribu satu keindahan. Malah, untuk melengkapkan keindahan itu, di kurniakan pula kepada mereka berbagai-bagai keistimewaan yang tidak terhingga dari segi dalaman mahupun luaran.secara disedari atau tidak, keistimewaan itulah yang sering kali kita eksploitaikan samada untuk kepentingan peripadi atau orang lain.

Kecantikan dan kelembutan adalah termasuk dalam keistimewaan itu.Tika menilik di hadapan cermin, seringkali tertanya-tanya “Dimana letaknya kecantikan seorang wanita pada diri kita?Mungkinkah pada sepasang mata hening beralis lentik yang selalu menjeling tajam kadang-kadang malu-malu memberi kerlingan manja?Atau boleh jadi pada bibir yang tidak pernah jemu menguntum senyuman semanis madu? Ataupun pada hidung mancung yang saban waktu menghidu haruman mawar-mawar indah di taman atau mungkin juga pada hilai tawa yang gemersik dan suara manja yang boleh melembutkan hati sekaligus menghangatkan perasaan?”

Sebenarnya berjuta-juta perkataan belum cukup untukmenceritakan dan mendefinisikan keindahan seorang wanita.Kitalah wanita itu, panjatkanlah kesyukuran kita ke hadrat Ilahi kerana menjadikan kita perempuan dan atas keindahan-keindahan itu.

Namun begitu, kecantikan bukanlah segala-galanya bagi seorag wanita.Walau secantik manapun wanita itu, ia masih belum dapat menjadi ukuran kepada kesempuraannya.Kecantikan,walau serapi manapun dijaga,ia tetap akan pergi.Wajah yang sering ditatap di hadapan cermin, dibelai saban waktu, tetap akan suram dan berkedut apabila tiba waktunya.

Kecantikan luaran hanya bersifat sementara, ia tidak akan kekal.Suatu yang tidak kekal akan tetap dimamah usia bila-bila masa saja. Justeru,di manakah kecantikan sebenar seorang wanita?”Wanita adalah perhisan dunia dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah”.Rasulullah tidak menyebut wanita cantik, wanita cerdik atau wanita sahaja, tetapi seindah perhiasan.Ini bermakna ada nilai yang lebih utama pada diri seorang wanita selain dari kecantikan, kecerdikan dan kehebatannya.

Nilai yang istimewa itu tidak lain dan tidak bukan adalah KESOLEHAN wanita itu sendiri.Bagi lelaki yang bijak dan soleh, mencari wanita solehah adalah sukar, lebih sukar dari mencari intan berlian.Nilai di hati seorang wanita solehah adalah amat tinggi, wanita solahah adalah selamat hatinya, yang dapat menyelamatkan diri di dunia dan akhirat.

Sunday, January 24, 2010

MENANGISLAH DI SINI SEBELUM MENANGIS DI SANA……

Air mata kadangkalanya penyubur hati, penawar duka. Adakalanya buih kekecewaan yang menyempit perasaan, menyesak kehidupan. Air mata seorang manusia hanyalah umpama air kotor di perlimpahan… Namun setitis air mata kerana takutkan Allah persis permata indahnya gemerlapan… Penghuni syurga ialah mereka yang banyak dukacitanya di dunia… Tidak berkumpul dua perkara dalam dua masa. Barangsiapa gembira di dunia akan berdukacita di Akhirat. Barangsiapa yang banyak dukacitanya di dunia akan gembira di Akhirat… Pencinta dunia menangis kerana dunia yang hilang. Perindu Akhirat menangis kerana dunia yang datang. “Alangkah sempitnya kuburku” keluh seorang abid. “Alangkah sedikitnya hartaku” kesal si hartawan.

Manusia sentiasa dalam dua tangisan, sama ada yang membawa untung atau yang merugikan…. Sabda Rasulullah saw “Ada dua titisan yang Allah cintai, titisan darah para syuhada dan air mata yang jatuh kerana takutkan Allah”…. Sabdanya lagi “Tangisan seorang pendosa lebih Allah cintai daripada tasbih para wali”….

Oleh itu berhati-hatilah dalam tangisan, kerana ada tangisan yang akan mengakibatkan diri menangis lebih lama, ada tangisan yang membawa bahagia untuk selama-lamanya…. Seorang pendosa yang menangis kerana dosa adalah lebih baik dari abid yang berangan-angan tentang syurga mana kelak ia akan bertakhta….. Nabi bersabda “Kejahatan yang diiringi oleh rasa sedih, lebih Allah sukai dari satu kebaikan yang menimbulkan rasa takabur”. Ketawa yang berlebihan tanda lalai dan kejahilan. Ketawa seorang ulamak dunia hilang ilmu, hilang wibawanya. Ketawa seorang jahil, semakin keras hati dan perasaannya. Nabi Muhammad bersabda, “Jika kamu tahu apa yang aku tahu nescaya kamu banyak menangis dan sedikit ketawa.”

Seorang hukamak pernah bersyair, “Aki hairan dan pelik, melihat orang ketawa kerana perkara-perkara yang akan menyusahkan.” Salafussolih menangis walaupun banyak beramal bimbang tidak diterima ibadatnya, kita ketawa walaupun sedar diri kosong dari amalan… Lupakah kita Nabi pernah bersabda, “Sesiapa yang berbuat dosa dalam ketawa, akan dicampakkan ke neraka dalam keadaan menangis.”…. Kita gembira jika apa yang kita idamkan tercapai, menangis jika apa yang dicita-citakan terabai. Nikmat disambut ria, kedukaan menjemput duka namun Allah SWT telah berfirman, “Boleh menjadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ianya amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedangkan kamu tidak mengetahui.” …… Menangislah wahai diri agar senyumanmu banyak di kemudian hari. Kerana engkau belum tahu nasibmu di Akhirat nanti. Menangislah seperti Saidina Umar yang selalu memukul dirinya dengan berkata : “kalau semua masuk ke dalam syurga kecuali seorang, aku takut akulah orang itu” Tanyailah orang-orang soleh mengapa dia tidak berhibur, “Bagaimana hendak bergembira sedangkan mati itu di belakang kami, kubur di hadapan kami, kiamat itu janjian kami, neraka itu memburu kami dan perhentian kami ialah Allah.”

Oleh itu wahai sahabat…..
Menangislah di sini sebelum menangis di sana……..!!!!

Manusia,malaikat,syaitan ...



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sunday, January 17, 2010

CANTIK SEORANG WANITA ITU…

 Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis
 bukan kerana merah kilau lipstik
 pada bibir memekar senyum kosmetik
 Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
 tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
 Cantik seorang wanita itu sebagai hawa
 tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
 Cantik seorang wanita itu sebagai anak
 tidak menjerat diri pada kederhakaan
 Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
 merempuh badai di sisi suami
 Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
 menjauhi persetongkolan ipar duai
 Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
 membuai anak kala suami menjalin mimpi
 Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
 menyaring teladan para anbiya' buat cucu-cicit
 Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
 menghitung hari dengan selembar mashaf
 dan Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
 mengandam rindu kekasih, pasrah di atas sejadah

Friday, January 15, 2010

TEMUDUGA TERTUTUP...

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang
pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca
iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
*Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
*Anda tidak perlu bawa pingat.
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau
berbadan tegap atau seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber
untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada
bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis
kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang
bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya
ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan
di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka
solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak
ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka
puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada
jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Sesungguhnya engkau akan
Maka berkata malaikat :
mengerjakan solat (boleh saja
solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik
saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu
Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan
semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya
satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat
kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan
berada di dalamnya.

Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari
cahaya baginya

" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!!”

Wallahu-a'lam
SEBAIK-BAIK KEJADIAN WANITA TERSEMBUNYI RAHSIA ALLAH YANG SANGAT BESAR.

Kejadian wanita amat unit berbanding dengan kajadian lelaki. Sengaja Allah SWT menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia.


Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, sebenarnya tersembunyi rahsia Allah yang amat besar, yang perlu disedari oleh setiap wanita. Jika wanita dapat meletakkan diri mereka di tempat yang sesuai dengan hakikat kejadian mereka yang serba lemah itu, wanita menjadi lebih mulia daripada lelaki serta menjadi penyeri alam. Wanita perlu terlebih dahulu memahami asal-usul kejadian serta mengenali kelemahan-kelemahan yang telah Allah SWT fitrahkan kepada mereka.


Wanita pertama yang dijadikan Allah SWT iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Allah Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah SWT memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, makhluk yang halus kulitnya, lemah sendiri tulangnya dan berbeza pula bentuk serta susunan tubuhnya berbanding dengan lelaki.


Kaum wanita harus menerima hakikat asal kejadian mereka. Oleh kerana mereka dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah, mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas. Rasulullah saw bersabda lagi :
“Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya, dai akan tetap bengkok.”


Riwayat Imam Bukhari
Dalam keadaan yang lemah ini, wanita tidak mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan kecuali dibantu dengan baik. Oleh sebab itulah Allah SWT tidak menuntut wanita melaksanakan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Apa yang dipertanggungjawabkan ke atas wanita adalah bersesuaian dengan kekuatan fizikal dan mentalnya.

Ini boleh dilihat dari sudut ibadahnya. Walaupun Allah SWT telah mewajibkan ke atas setiap mukalaf supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, namun bagi kaum wanita hanya tiga perkara yang mampu dilaksanakan sendiri iaitu mengucapkan syahadah, solat dan berpuasa. Dalam melaksanakan haji sdan berzakat, mereka umumnya memerlukan bantuan kaum lelaki.


Jika dibandingkan dengan kaum lelaki daripada sudut ibadah, ternyata ibadah kaum wanita adalah sedikit. Cuma Allah SWT tidak pernah melebihkan kaum lelaki daripada segi pahalanya, seperti mana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan, baik daripada lelaki mahupun perempuan, padahal dia beriman,maka pasti Kami akan beri penghidupan dengan hidup yang baik dan nescaya Kami akan beri balasan pahala atas mereka itu dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” Surah An-Nahl : 97


Wanita tidak hanya lemah pada asal kejadiannya malah pada umumnya lemah juga pada akalnya. Jika diukur nisbah antara akal dan nafsu, wanita hanya mempunyai satu akal berbanding dengan sembilan nafsu. Manakala lelaki pula mempunyai satu nafsu berbanding dengan sembilan akal. Ini jelas dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT :
“Dialah yang menciptakan kamu daripada nafsu yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya.”


Maka atas ketinggian nafsu yang terlalu berbeza dengan akal, wanita lazimnya menjadi terlalu emosional (kuat perasaan) sehingga mudah merasa sensitif dalam semua hal. Lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan urusannya. Oleh kerana itu, wanita perlu mendapatkan pimpinan daripada kaum lelaki yang lebih luas pemikirannya. Dengan pimpinan itu, mereka akan mendapat panduan untuk bertindak dalam sesuatu hal dan dapat manfaatkan emosinya untuk kebaikan.

“Kaum lelaki itu adalah pemimipin dan pengawal yang bertanggungjawab kepada kaum perempuan. Oleh kerana Allah SWT melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”
Surah An-Nisa : 34

Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi, kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan. Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka daripada akal. Namun begitu, jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat – wanita akan menjadi makhluk yang paling cantik, unik, sensitif dengan Allah, dengan makhluk dan alam sekitarnya. Barulah mereka menjadi mutiara yang paling berharga di dunia.


Bagi memimpin emosi, wanita perlu meningkatkan ilmu dunia dan akhirat. Jika ilmu dapat dipertingkatkan, daya fikrah (akal) juga akan menjadi kuat. Apabila daya fikrah kuat, nafsu yang liar akan dapat dididik dan ditundukkan. Nafsu yang telah ditundukkan akan bertukar kepada nafsu yang tinggi martabatnya di sisi Allah iaitu sekurang-kurangnya peringkat nafsu yang paling rendah yang dapat menjamin keselamatan di akhirat kelak. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya yang bermaksud :
“Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.” Surah Al-Fajr : 23


satu lagi faktor yang boleh menundukkan emosi wanita secara semulajadi ialah apabila wanita melahirkan anak. Pada setiap kelahiran anak terkandung 1001 rahsia Allah SWT perlu juga diketahui sedikit sebanyak oleh wanita itu sendiri. Sakit yang dideritai ketika bersalin, selain menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu, juga akan menurunkan emosi wanita. Jika emosi boleh dibilang, maka pada setiap kelahiran itu gugurlah satu emosi. Inilah antara sebab mengapa wanita menjadi kian matang apabila anak semakin bertambah.


Tujuan kita mendedahkan kelemahan bukanlah kerana hendak merendah-rendahkan kaum wanita, tetapi supaya mereka terus terpimpin dan sedar di garisan mana harus mereka bertapak dan berpijak. Andai kata tredapat kekurangan dari segi hak dalam syariat Islam atau di dalam sudut-sudut yang lain, sebenarnya Islam telah menggantikannya dengan kelebihan dalam sudut yang lain bersesuaian dengan fitrah semulajadinya. Terjadi kekurangan itu adalah untuk faedah atau kepentingan kaum wanita itu sendiri.
Oleh kerana kaum wanita halus perasaannya berbanding dengan kaum lelaki, maka atas dasar inilah mereka lebih sesuai berperanan sebagai pendidik anak-anak dan menguruskan keluarga. Ini kerana bidang ini memerlukan seorang pengurus yang halus emosinya, dan tabiat ini sememangnya ada pada wanita. Ianya bukanlah satu penghinaan tetapi merupan satu penghormatan daripada Allah SWT. Di situlah letaknya kemuliaan.


Oleh sebab itulah, kaum wanita mestilah berusaha menjaga maruahnya supaya tidak tercemar. Usaha menjaga maruah diri juga merupakan satu cabang daripada banyaknya cbang ibadah. Ini termasuklah menjaga tutur kata, gerak-geri, tingkah laku dan apa saja yang berkaitan dengan peribadi wanita itu sendiri. Maruah wanita adalah sesuatu yang seni, halus dan sensitif. Bagi menjaganya, bukanlah mudah kecuali dengan ilmu dan iman yang kuat.