Tuesday, August 31, 2010

Dekatnya kiamat...


1) Penaklukan Baitulmuqaddis.
Dari Auf b. Malik r.a. katanya,Rasulullah s.a.w telah bersabda: "Aku menghitung 6 perkara menjelang hari kiamat." Baginda menyebutkan salah 1diantaranya, iaitu penaklukan Baitulmuqaddis." -Sahih Bukhari
dah jadi dah...

2) Zina bermaharajalela. "Dan tinggallah manusia2 yang buruk, yang seenaknya melakukan
persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." -Sahih Muslim
dah nampak dah...

3) Bermaharajalela alat muzik. "Pada akhir zaman akan terjadi tanah runtuh, rusuhan & perubahan muka."Ada yang bertanya kepada Rasulullah; "Wahai Rasulullah bila hal ini
terjadi?" Baginda menjawab; "Apabila telah bermaharajalela bunyian (muzik) & penyanyi2 wanita" -Ibnu Majah
S'pore Idol, Malaysian Idol, Akademi Fantasia, Anugerah

4) Menghias masjid & membanggakannya."Di antara tanda2 telah dekatnya kiamat ialah
manusia bermegahan dalam mendirikan masjid" - Riwayat Nasai.
memang dah nampak dah...

5) Munculnya kekejian, memutuskan kerabat &hubungan dengan tetanggatidak baik. "Tidak akan datang kiamat sehingga banyak perbuatan & perkataan keji, memutuskan hubungan silaturahim
& sikap yang buruk dalam tetangga." - Riwayat Ahmad dan Hakim.
ada anak tak mengaku ada mak/bapak pasal malu

6) Ramai orang soleh meninggal dunia."Tidak akan datang hari kiamat sehingga Allah mengambil orang2 yang baik & ahli agama di muka bumi,maka tiada yang tinggal padanya kecuali orang2 yang hina & buruk yang tidak mengetahui yang makruf dan tidak mengingkari kemungkaran" - Riwayat Ahmad
boleh kira berapa jer para ulama' yg tinggal

7) Orang yang hina mendapat kedudukanterhormat. "Di antara tanda semakin dekatnya kiamat ialah dunia akan dikuasai oleh Luka' bin Luka'(orang yang bodoh & hina). Maka orang yang paling baik ketika itu ialah orang yang beriman yang diapit oleh 2 orang mulia" Riwayat Thabrani
george bush

8) Mengucapkan salam kepada orang yang dikenalnya sahaja. "Sesungguhnya di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah manusia tidak mahu mengucapkan salam kepada orang lain kecualiyang dikenalnya saja." -Riwayat Ahmad
jiran sesama islam pon tak bertegur sapa...

9) Banyak wanita yang berpakaian tetapi hakikatnya telanjang. Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a. "Di antara anda2 telah hari kiamat ialah akan muncul pakaian2 wanita & apabila mereka memakainya keadaannya seperti telanjang".
fesyen zaman skarang (tube, spaghetti strap, g-string etc etc)

10) Bulan sabit kelihatan besar. "Di antara tanda2 telah dekatnya hari kiamat ialah menggelembung (membesarnya) bulan sabit." - Riwayat Thabrani
tak caya gi tengok...

11) Banyak dusta & tidak tepat dalam menyampaikan berita. "Pada akhir zaman akan muncul pembohong2 besar yang datang kepadamu dengan membawa berita2 yang belum pernah
kamu dengar & belum pernah didengar oleh bapa2 kamu sebelumnya, kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu & memfitnahmu" - Sahih Muslim
try baca akhbar2 & majalah2 yg popular skarang nie...

12) Banyak saksi palsu & menyimpan kesaksian yang benar. "Sesungguhnya sebelum datang nya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu & disembunyikan kesaksian yang benar." –Riwayat Ahmad
tengok kes peperangan Iraq

13) Negara Arab menjadi padang rumput & sungai. "Tidak akan datang hari kiamat sehingga negeri Arab kembali menjadi padang rumput & sungai2" - Sahih Muslim
Dubai dah turun salji... Mina dah kene banjir

Monday, August 23, 2010

BIDADARI ITU ADA DI BUMI...

Wanita ialah perhiasan dunia, indahnya dunia jika ada kehadiran wanita yang dilihat sebagai muslimah yang sejati serta di pandang mulia oleh Allah SWT dan di pandang mulia oleh masyarakat. Bagaimanapun untuk menjadi seorang wanita yang baik dan sejati perlu adanya sikap yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri seperti menjaga aurat, menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri dan keluarga serta mempunyai sifat malu yang tinggi.Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah an-Nur yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain tudung ke dadanya."
Sesungguhnya untuk menjadi seorang wanita yang sejati dan layak untuk mendapat syurga seperti yang dijanjikan Allah adalah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Nya. Sifat malu sangat penting dalam diri seorang wanita itu kerana dengan adanya sifat malu inilah yang akan menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat kepada Allah Taala.

Bagaimanapun, jika kita lihat pada hari ini wanita sudah hilng malu dalam dirinya dan tidak segan silu lagi untuk melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita. Hal ini terbukti apabila kita lihat kepada fesyen pakaian dan tududng sekarang semuanya sudah trepesong daripada apa yang telah digariskan oleh syarak. Dengan ini akan menyebabkan mereka sudah berani mendedahkan aurat, melakukan perbuatan yang terkutuk seperti berzina, bergaul bebas antara lelaki, dan banyak lagi.

Kita sebagai seorang wanita atau muslimah perlu menjaga adab-adab kita sebgai seorang muslimah yang sejati. Dengan adanya wanita yang baik dan patuh pada agama itu menunjukkan adanya bidadari di dunia lagi, kerana untuk menjadi seorang wanita yang baik dan dilihat seperti bidadari ilaha dengan menjaga diri daripada semua anasir yang boleh mencemarkan kita. Wanita itu seperti bunga, oleh itu kita perlu menjdai bunga yang kembangnya mekar mewangi sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga. Kita jangan biarkan kelopak kita disentuh oleh tangan-tangan kasar, jangan ada kumbang-kumbang ganas yang menghisap madu kita dan jangan biarkan gagak-gagak hitam merosakkan serimu kerana kita ratu idaman kalbu.

Wanita adalah perhiasan dunia, yang mana jika indahnya wanita itu akan indahlah dunia ini. Wanita atau muslimah juga merupakan bidadari di dunia. Bagaimanapun untuk menjadi bidadari yang dipandang mulia oleh manusia dan yang terutamanya di pandang mulia oleh Allah Taala dengan menjadi sebagai seorang muslimah yang sejati.

Wahai wanita telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai nafsu. Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin…. Sesuatu yang tidak mungkin.

Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu – lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar. Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton tv/filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu mereka sendiri, dan pada penghujungnya kebiasaan kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap.

Tidak hina menjaga dirimu selaras dengan kehendak agama kerana itulah prasyarat untuk memiliki kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan juga akhirat.

Friday, August 20, 2010

PELAJAR FPI SEPI TANPA AL-QURAN ?..

Al- Quran itu seumpama kekasih. Mungkin itulah tafsiran mudah untuk menerangkan perkaitan Al-Quran dalam kehidupan kita seharian. Ternyata, apabila sesuatu itu menjadi kekasih hati kita, maka pelbagai cara kita menzahirkan rasa cinta yang begitu mendalam apa bentuk dan cara apa sekalipun. Dan sememangnya jika kita bercinta dengan sesuatu itu mengharap cinta kita tidak bertepuk sebelah tangan!. Dari itu, marilah kita merenung sejauh mana hati kita benar-benar mencintai Al-Quran?Kalam Allah Yang Maha Agung. Bagaimanapun, manusia pada hari ini sudah ramai yang meninggalkan kalam Allah ini dan menganggap ianya hanya perlu dibaca ketika diperlukan sahaja serta kalam Allah ini semakin ditinggalkan.

Perkara ini jelas dapat dilihat dalam kalangan pelajar pengajian Islam itu sendiri apabila mereka sudah kurang mengamalkan amalan membaca al-Quran, yang mana sikap ini sangat penting untuk menjadikan seseorang itu dekat dengan Penciptanya. namun apabila dikaitkan dengan sekeping warkah daripada orang yang kita cintai, pasti akan ditatap sepuas-puasnya malah berulang kali dibaca. Namun, hakikatnya akan timbul juga rasa jemu kelak. Tidakkah ia hanya sekadar bahasa yang tidak memiliki sebarang keistemewaan berbanding Al-Quran, biarpun kita membacanya berulangkali, tidak sedikit pun kita akan merasa jemu apatah lagi membencinya.

Allah berfirman dalam surah al-Ra’d ayat 28 yang bermaksud "(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram. Ketahuilah dengan 'zikrullah' itu , tenang tenteramlah hati manusia". Malah dijanjikan oleh Allah sesiapa yang ikhlas mengharap keredhaan Allah. Dengan memperbanyakkan zikrullah (mengingati Allah) maka dia akan memperolehi ketenangan yang membahagiakan. Dan zikru-llah yang paling afdal (terbaik) itu ialah membaca Al-Quran. Seterusnya Allah SWT juga menyatakan keistemewaan kekasih ini iaitu Allah SWT menurunkan dengan sebaik-baiknya perkataan. ".

Al-Quran juga merupakan kekasih yang perlu dimuliakan kerana sifatnya yang berkat dan banyak manfaatnya. Dengan itu Allah telah menyeru kita agar mematuhi kandungan kekasih itu kerana dengan itu kita akan memperolehi keberkatan daripada-Nya. Inilah antara kebesaran yang terdapat pada al-Quran dan jelas menunjukkan kita sebagai umat Islam seharusnya membaca al-Quran walaupun hanya beberapa huruf sahaja sehari.

Sesiapa yang mengamalkan membaca al-Quran pasti jiwanya akan menjadi tenang. Perkara ini bersesuaian dengan kehadiran bulan yang berkat iaitu bulan ramadhan di mana kita digalakkan untuk mempertingkatkan ibadat kita kepada Allah Taala. Oleh itu dengan membaca al-Quran kita akan dapat menambahkan amalan dibulan mulia serta dapat mendekatkan diri kita kepada pencipta Yang Esa sekaligus tidak melupakan kekasih yang agung buat kita sebagai manusia di dunia ini. Jangan hanya ingin menjadi kekasih yang setia kepada manusia sahaja tetapi jadilah juga diri kita sebagai kekasih yang setia kepada al-Quran. Cukuplah sekiranya kita dapat membacanya sekadar beberapa patah sahaja daripada ianya ditinggalkan dan dilupakan terus oleh kita. Biarlah hati kita merasa sedih kerana tidak dapat membaca al-Quran, bukannya merasa sedih kerana tidak dapat membaca mesej serta surat daripada kekasih yang kita cintai. Hal ini kerana cintailah al-Quran terlebih dahulu sebelum mencintai manusia.

Bagaimanapun itulah realitinya pada hari ini, yang mana para pelajar terutamanya yang mengambil dalam bidang pengajian Islam, mereka sudah sunyi dari amalan yang mulia ini, mereka lebih sibuk dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kebahagian di dunia sahaja, namun mereka juga terlupa untuk mencari kebahagiaan di akhirat. Mereka membaca al-Quran hanya bila diperlukan sahaja dan bukannya menjadi rutin harian mereka lagi.

Al-Quran akan menjadi panduan buat kita sebagai seorang pelajar Islam kerana apa yang kita lakukan juag perlu berlandaskan kepada al-Quran dan as-Sunnah. Kesetiaan dalam percintaan adalah jaminan kebahagiaan hati. Begitulah juga seandainya kita menjalinkan cinta bersama al-Quran. Namun begitu, orang yang bercinta dengan al-Quran akan sentiasa mengukur kesetiaan dirinya terhadap al-Quran. Lalu apakah ukurannya, bukankah qiamullail itu adalah satu pengukur yang paling relevan?Ini kerana kesukaran untuk menunaikan ibadah pada malam hari dengan tidur yang sedikit itu menggambarkan pengorbanan. Untuk menyiapkan asainment kita sanggup tidak tidur malam, namun adakah kita sanggup untuk berjaga malam semata-mata untuk beribadah kepada Allah?. Tanyalah pada diri sendiri dan hanya kita yang mampu menjawabnya.