Monday, August 23, 2010

BIDADARI ITU ADA DI BUMI...

Wanita ialah perhiasan dunia, indahnya dunia jika ada kehadiran wanita yang dilihat sebagai muslimah yang sejati serta di pandang mulia oleh Allah SWT dan di pandang mulia oleh masyarakat. Bagaimanapun untuk menjadi seorang wanita yang baik dan sejati perlu adanya sikap yang dituntut oleh agama Islam itu sendiri seperti menjaga aurat, menjaga pandangan, menjaga kehormatan diri dan keluarga serta mempunyai sifat malu yang tinggi.Sebagaimana firman Allah Taala dalam surah an-Nur yang bermaksud :

"Katakanlah kepada wanita yang beriman, Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kehormatannya; janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak padanya. Wajib atas mereka menutupkan kain tudung ke dadanya."
Sesungguhnya untuk menjadi seorang wanita yang sejati dan layak untuk mendapat syurga seperti yang dijanjikan Allah adalah dengan melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh Nya. Sifat malu sangat penting dalam diri seorang wanita itu kerana dengan adanya sifat malu inilah yang akan menghalang seseorang itu daripada melakukan maksiat kepada Allah Taala.

Bagaimanapun, jika kita lihat pada hari ini wanita sudah hilng malu dalam dirinya dan tidak segan silu lagi untuk melakukan sesuatu yang boleh menjatuhkan maruahnya sebagai seorang wanita. Hal ini terbukti apabila kita lihat kepada fesyen pakaian dan tududng sekarang semuanya sudah trepesong daripada apa yang telah digariskan oleh syarak. Dengan ini akan menyebabkan mereka sudah berani mendedahkan aurat, melakukan perbuatan yang terkutuk seperti berzina, bergaul bebas antara lelaki, dan banyak lagi.

Kita sebagai seorang wanita atau muslimah perlu menjaga adab-adab kita sebgai seorang muslimah yang sejati. Dengan adanya wanita yang baik dan patuh pada agama itu menunjukkan adanya bidadari di dunia lagi, kerana untuk menjadi seorang wanita yang baik dan dilihat seperti bidadari ilaha dengan menjaga diri daripada semua anasir yang boleh mencemarkan kita. Wanita itu seperti bunga, oleh itu kita perlu menjdai bunga yang kembangnya mekar mewangi sehingga harumnya melewati pintu-pintu syurga. Kita jangan biarkan kelopak kita disentuh oleh tangan-tangan kasar, jangan ada kumbang-kumbang ganas yang menghisap madu kita dan jangan biarkan gagak-gagak hitam merosakkan serimu kerana kita ratu idaman kalbu.

Wanita adalah perhiasan dunia, yang mana jika indahnya wanita itu akan indahlah dunia ini. Wanita atau muslimah juga merupakan bidadari di dunia. Bagaimanapun untuk menjadi bidadari yang dipandang mulia oleh manusia dan yang terutamanya di pandang mulia oleh Allah Taala dengan menjadi sebagai seorang muslimah yang sejati.

Wahai wanita telah berkali-kali di peringatkan bahawa teman lelaki atau kekasih anda tidak punya apa-apa hak ke atas dirimu. Sayangnya tidak ramai yang mengerti atau berpura-pura tidak mengerti. Padahal perkara ini senang di fahami. Sememangnya seronok berdua-duaan di buai nafsu. Tanyalah pada semua pengantin alangkah indahnya kalau fajar tidak menyinsing pada malam pengantin…. Sesuatu yang tidak mungkin.

Kekasihmu masih belum lagi menjadi suami yang sah. Simpanlah dirimu buat suamimu yang sah di masa depan. Jangan tertipu dengan janji manis dari lidah yang tak bertulang yang bijak mengatur kata-kata indah. Mungkin kerana ingin menguji diri sendiri atau merasa diri tidak mudah ditipu – lantas pengalaman orang lain tidak di jadikan iktibar. Walhal kita membaca akhbar, majalah, mendengar radio atau menonton tv/filem berulang-ulang menceritakan perangai insan. Pelik sungguh perangai insan sering merelakan diri ke jurang kehinaan walaupun berpendidikan tinggi semata tewas melawan nafsu mereka sendiri, dan pada penghujungnya kebiasaan kita melihat kekasih akan menghilangkan diri setelah mendapat apa yang terlalu berharga darimu. Sedihya tidak ramai yang menghargai harga dirimu sendiri. Tinggallah heroin seorang diri merintih sayu ditinggalkan hero. Mungkin diri di serahkan pula kepada kekasih lain yang bakal hinggap.

Tidak hina menjaga dirimu selaras dengan kehendak agama kerana itulah prasyarat untuk memiliki kemuliaan, ketenangan dan kebahagiaan yang hakiki di dunia dan juga akhirat.

No comments:

Post a Comment