Saturday, October 23, 2010

Indahnya dilamun CINTA...?!!

Semua manusia ingin mencintai dan dicintai. Itulah adalah merupakan sifat fitrah semulajadi manusia yang saling memerlukan diantara satu sama lain. Apabila umur sudah meningkat namun masih tidak mempunyai calon untuk dijadikan sebagai teman hidup semua ini akan menjadi kerisauan dalam diri dan sedih dek masalah yang dihadapi itu. Oleh sebab itu, semuanya sedang sibuk mencari cinta yang diingini oleh fitrah mereka sebagai manusia, bagaimanapun mereka terlupa untuk mencari cinta yang hakiki iaitu cinta kepada pencipta yang Maha Agung, yang mana cinta kepada Allah merupakan cinta yang hak dan tiada tandingnya dengan cinta-cinta biasa.

Sesungguhnya sesiapa yang meletakkan cintanya hanya kepada Allah Taala pasti mereka akan memperolehi kebahagian yang tidak terhingga dan tidak ternilai didunia dan akhirat. Ramai manusia pada hari ini, yang berusaha pelbagai cara semata-mata hanya untuk mendapatkan cinta manusia yang mana hanya akan membawa mereka kepada kehancuran sekiranya cinta yang diperolehi itu membawanya kelembah kemaksiatan. Hal ini berlaku apabila mereka merasakan cinta kepada manusia itu adalah segala-galnya bagi mereka dan mereka hanya mengharapkan kebahagiaan di dunia semata-mata tanpa mengharapkan kepada kebahagiaan yang lebih hak iaitu kebahagiaan di akhirat yang kekal abadi.

Namun tidak salah untuk bercinta sekiranya cinta itu akan membawa kepada kebaikan dan kerehdaan Allah Taala. Ini kerana kita sebagai manusia perlu meletakkan cinta kepada Allah sebagai cinta pertama dalam hidup kita. Sesungguhnya cinta kepada Allah Taala akan membawa kebahagiaan dan ketenangan, hal ini terbukti apabila kita sayang kepada sesuatu kita akan berusaha untuk mendekatinya, menghampirinya, mendapatkanya dan hal ini juga patut dilakukan untuk mendapatkan cinta dariapada Allah Taala dan sesungguhnya orang yang memperolehi cinta teragung adalah tergolong daripada orang yang beruntung.


Sebagaimana yang diketahui bahawa janji Allah Taala itu pasti dan tidak mengecewakan sesiapa yang mengharapkan cintaNya. Hal ini terbukti apabila kita selangkah kita mendekatiNya sudah pasti seribu langkah Allah Taala akan mendekati kita, dan betapa indahnya jika kerinduan kita hanya padaNya. Kita perlu berusaha untuk mendapatkan cinta daripada Nya. Dan sesungguhnya sesiapa yang mendapat cinta Allah sudah pasti dia akan merasakan kebahagiaan yang tidak pernah dirasainya sebelum ini. Setiap hari kita mengharapkan dapat bertemu dengan sang kekasih yang dirindui dan sesungguhnya kerinduaan dan kecintaan kita hanya untuk Nya Maha Penyanyang, dengan ini sekaligus akan mendorong untuk kita beribadat dan mendekatkan diri kepadaNya serta akan patuh dengan segala peraturan yang telah ditetapkan oleh Nya tanpa melakukan perkara yang hanya akan mendatangkan kemurkaan dan kemurkaan Nya sahaja. Setiap hari kita akan membuat kebaikan dan setiap apa yang kita lakukan itu adalah ikhlas kepada Allah Taala sahaja.

Dengan ini jelas menunjukkan betapa bahagianya seseorang itu apabila cinta yang diinginkan itu hanya kepada Allah Taala. Sekaligus ianya akan mendorong kita untuk melakukan yang terbaik supaya tercapainya cinta yang diharapkan selama ini iaitu cinta yang sejati cinta dan cinta yang hanya akan memberikan kita kebahagiaan di dunia dan akhirat. Oleh itu jelas menunjukkan bahawa, betapa bahagia dan indahnya jika segala cinta diserahkan kepada Ilahi.

Oleh itu, mengapa kita perlu mencari cinta yang hanya membawa kita kepada kemusnahan dan kesusahan sedangkan cinta Allah Taala sentiasa ada bersama dengan kita…carilah CINTA yang direhdai Allah Taala kerana padanya telah dijanjikan oleh Allah Taala kebahagiaan dan ketenangan yang abadi. Dengan itu kita akan dapat merasai keindahan CINTA yang sebenar iaitu CINTA kepada Allah Taala yang kekal abadi hingga ke akhirnya..betapa indahnya dilamun cinta yang hakiki..