Sunday, January 17, 2010

CANTIK SEORANG WANITA ITU…

 Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis
 bukan kerana merah kilau lipstik
 pada bibir memekar senyum kosmetik
 Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
 tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
 Cantik seorang wanita itu sebagai hawa
 tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
 Cantik seorang wanita itu sebagai anak
 tidak menjerat diri pada kederhakaan
 Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
 merempuh badai di sisi suami
 Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
 menjauhi persetongkolan ipar duai
 Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
 membuai anak kala suami menjalin mimpi
 Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
 menyaring teladan para anbiya' buat cucu-cicit
 Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
 menghitung hari dengan selembar mashaf
 dan Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
 mengandam rindu kekasih, pasrah di atas sejadah

No comments:

Post a Comment