Sunday, January 24, 2010

Manusia,malaikat,syaitan ...



Manusia - Eh, dah subuh dah?
Malaikat - bangunlah wahai anak Adam, tunaikan solat subuh...
Syaitan - Alahhhhhh, kejaplah, ngantuk ini...kejap lagi ye..

Manusia - Nak makan, laparlah
Malaikat - Wahai Anak Adam, mulakanlah dengan Bismillah...
Syaitan - Ahh, tak payahla... dah lapar ini !!

Manusia - Hari ni nak pakai apa ye?
Malaikat - Wahai anak Adam, pakailah pakaian yang menutup aurat..
Syaitan - Ehh, panaslah, lagipun tak ada style langsung!

Manusia - Alamak, dah lewat!
Malaikat - Bersegeralah wahai anak Adam, nanti terlewat untuk ke kuliah
Syaitan - Nak cepat-cepat buat apa? Lambat lagi... baru pukul 8.30am...

Manusia - Azan sudah kedengaran...
Malaikat - Wahai anak Adam, bersegeralah menunaikan kewajipan
Syaitan - Baru pukul berapa... . rilex lah..

Manusia - Eh, eh... .tak boleh te ngok ini, berdosa...
Malaikat - Wahai anak Adam, alihkanlah pandanganmu, sesungguhnya Allah Maha Melihat
Syaitan - Perggghh... best tu... . rugi ooo kalau tak tengok..

Manusia - Saudaraku sedang melakukan dosa
Malaikat - Wahai anak Adam, cegahla ia..
Syaitan - Apa kau sibuk? Jangan jaga tepi kain orang. .

Manusia - Elok kalau akuu sampaikan nasihat ini kepada orang lain
Malaikat - Wahai anak Adam, nasihat-menasihatilah sesama kamu..
Syaitan - Sendiri pikirlah, semua dah besar, buat apa sesusah.

Manusia - aku telah berdosa..
Malaikat - Wahai anak Adam, kamu telah berdosa, tinggalkanlah dosa itu dan bertaubatlah, sesungguhnya Allah Maha Pengampun..
Syaitan - Tangguhlah dulu, lain kali boleh bertaubat (kalau sempat)..

Manusia - Kalau pergi, mesti seronok!
Malaikat - Wahai anak Adam, kakimu ingin melangkah ke jalan yang dimurkai Allah, berpalinglah dari jalan itu ..
Syaitan - Jangan bimbang, tak ada sesiapa yang tahu...

Malaikat - Wahai anak Adam, taatilah Allah dan RasulNYA, kebahagiaan di dunia dan akhirat untukmu.
Syaitan - Hey anak Adam, ikutilah aku, kebahagiaan di dunia (sahaja) dan kebahagiaan di akhirat (jangan mimpilah!) untukmu...

Sunday, January 17, 2010

CANTIK SEORANG WANITA ITU…

 Cantiknya seorang wanita itu sebagai gadis
 bukan kerana merah kilau lipstik
 pada bibir memekar senyum kosmetik
 Cantik seorang wanita itu sebagai remaja
 tidak pada kulitnya mulus menggebu terdedah
 Cantik seorang wanita itu sebagai hawa
 tidak kerana bijak meruntuh iman kaum Adam
 Cantik seorang wanita itu sebagai anak
 tidak menjerat diri pada kederhakaan
 Cantik seorang wanita itu sebagai isteri
 merempuh badai di sisi suami
 Cantik seorang wanita itu sebagai menantu
 menjauhi persetongkolan ipar duai
 Cantik seorang wanita itu sebagai ibu
 membuai anak kala suami menjalin mimpi
 Cantik seorang wanita itu sebagai nenek
 menyaring teladan para anbiya' buat cucu-cicit
 Cantik seorang wanita itu sebagai warga tua
 menghitung hari dengan selembar mashaf
 dan Cantik seorang wanita itu sebagai akidah solehah
 mengandam rindu kekasih, pasrah di atas sejadah

Friday, January 15, 2010

TEMUDUGA TERTUTUP...

Semua akan dikehendaki hadir tanpa sebarang
pengecualian.

KEKOSONGAN JAWATAN:
a. Ahli Syurga Dari Awal.
b. Ahli Neraka Dari Awal.
c. Ahli Neraka Sementara Kemudian Akan Dilantik Jadi Ahli Syurga.

EMPAT GANJARAN LUMAYAN (khas untuk jawatan a):
1. Nikmat kubur.
2. Perlindungan di Padang Mahsyar.
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat.
4. Syurga yang kekal abadi.

TARIKH TEMUDUGA:
Bila-bila masa secara adhoc bermula dari saat membaca
iklan ini.

LOKASI TEMUDUGA:
Di dalam kubur (alam barzakh).

KELAYAKAN:
*Anda tidak perlu bawa siji-sijil.
*Anda tidak perlu bawa pingat.
*Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yg banyak).
*Anda tidak perlu berparas rupa yg cantik, hensem atau
berbadan tegap atau seksi.
*Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal.

PANEL/PENEMUDUGA:
Mungkar dan Nakir.

ENAM SOALAN BOCOR:
1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

CARA MEMOHON:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber
untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada
bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan
berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis
kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama Izrail.

TIPS UNTUK BERJAYA DALAM TEMUDUGA TERTUTUP INI:
Hadis hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal, yang
bermaksud begini:
Sabda Rasullah SAW:
Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan
di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar
suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya
ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu.
Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang
dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan
diletakkan di kepalanya, puasanya diletakkan di
sebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah
kirinya dan amalan kebajikan daripada! sedekah,
silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan
di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala, maka
solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak
ada jalan masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka
puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.

Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka
zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan
masuk.

Kemudian di datangi dari arah kedua hujung kakinya dan
berkatalah amal-kebajikan: dibahagianku tidak ada
jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan
matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat
bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu
tentang seorang laki-laki(muhammad) yang kamu dahulu
sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian
kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Sesungguhnya engkau akan
Maka berkata malaikat :
mengerjakan solat (boleh saja
solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini.
Apakah pandangan kamu tentang seorang laki-laki
(Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap
tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad saw dan aku naik
saksi bahawa nabi Muhammad saw itu ialah pesuruh Allah
yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu
Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu:
Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu
dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan
semula di akhirat Insya'Allah. Kemudian dibuka baginya
satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat
kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan
berada di dalamnya.

Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian
dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari
cahaya baginya

" Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki)!!”

Wallahu-a'lam
SEBAIK-BAIK KEJADIAN WANITA TERSEMBUNYI RAHSIA ALLAH YANG SANGAT BESAR.

Kejadian wanita amat unit berbanding dengan kajadian lelaki. Sengaja Allah SWT menjadikan wanita berbeza dengan kaum lelaki. Perbezaan ini mengandungi hikmah yang tidak dapat dibantah atau disangkal oleh pemikiran manusia.


Di sebalik kejadian wanita yang serba lemah, sebenarnya tersembunyi rahsia Allah yang amat besar, yang perlu disedari oleh setiap wanita. Jika wanita dapat meletakkan diri mereka di tempat yang sesuai dengan hakikat kejadian mereka yang serba lemah itu, wanita menjadi lebih mulia daripada lelaki serta menjadi penyeri alam. Wanita perlu terlebih dahulu memahami asal-usul kejadian serta mengenali kelemahan-kelemahan yang telah Allah SWT fitrahkan kepada mereka.


Wanita pertama yang dijadikan Allah SWT iaitu Hawa adalah hasil doa Nabi Allah Adam a.s. Beliau yang kesepian hidupnya di syurga ketika itu tiada teman untuk berbicara. Allah SWT memperkenankan doa beliau dengan menciptakan seorang wanita untuknya. Inilah secara ringkasnya kejadian wanita, makhluk yang halus kulitnya, lemah sendiri tulangnya dan berbeza pula bentuk serta susunan tubuhnya berbanding dengan lelaki.


Kaum wanita harus menerima hakikat asal kejadian mereka. Oleh kerana mereka dijadikan daripada tulang yang bengkok lagi lemah, mereka perlu kepada pimpinan yang halus tetapi tegas. Rasulullah saw bersabda lagi :
“Perempuan itu seperti tulang rusuk, jika kamu meluruskannya, bererti kamu mematahkannya. Jika kamu membiarkannya, dai akan tetap bengkok.”


Riwayat Imam Bukhari
Dalam keadaan yang lemah ini, wanita tidak mampu untuk membuat sesuatu pekerjaan kecuali dibantu dengan baik. Oleh sebab itulah Allah SWT tidak menuntut wanita melaksanakan sesuatu yang tidak termampu olehnya. Apa yang dipertanggungjawabkan ke atas wanita adalah bersesuaian dengan kekuatan fizikal dan mentalnya.

Ini boleh dilihat dari sudut ibadahnya. Walaupun Allah SWT telah mewajibkan ke atas setiap mukalaf supaya mengucapkan dua kalimah syahadah, menunaikan solat, berpuasa, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji, namun bagi kaum wanita hanya tiga perkara yang mampu dilaksanakan sendiri iaitu mengucapkan syahadah, solat dan berpuasa. Dalam melaksanakan haji sdan berzakat, mereka umumnya memerlukan bantuan kaum lelaki.


Jika dibandingkan dengan kaum lelaki daripada sudut ibadah, ternyata ibadah kaum wanita adalah sedikit. Cuma Allah SWT tidak pernah melebihkan kaum lelaki daripada segi pahalanya, seperti mana firman Allah SWT :
“Barangsiapa mengerjakan kebaikan, baik daripada lelaki mahupun perempuan, padahal dia beriman,maka pasti Kami akan beri penghidupan dengan hidup yang baik dan nescaya Kami akan beri balasan pahala atas mereka itu dengan pahala yang lebih baik daripada apa yang telah mereka kerjakan.” Surah An-Nahl : 97


Wanita tidak hanya lemah pada asal kejadiannya malah pada umumnya lemah juga pada akalnya. Jika diukur nisbah antara akal dan nafsu, wanita hanya mempunyai satu akal berbanding dengan sembilan nafsu. Manakala lelaki pula mempunyai satu nafsu berbanding dengan sembilan akal. Ini jelas dalam Al-Quran sebagaimana firman Allah SWT :
“Dialah yang menciptakan kamu daripada nafsu yang satu dan daripadanya Dia menciptakan isterinya, agar dia merasa senang kepadanya.”


Maka atas ketinggian nafsu yang terlalu berbeza dengan akal, wanita lazimnya menjadi terlalu emosional (kuat perasaan) sehingga mudah merasa sensitif dalam semua hal. Lebih-lebih lagi dalam hal yang berkaitan dengan urusannya. Oleh kerana itu, wanita perlu mendapatkan pimpinan daripada kaum lelaki yang lebih luas pemikirannya. Dengan pimpinan itu, mereka akan mendapat panduan untuk bertindak dalam sesuatu hal dan dapat manfaatkan emosinya untuk kebaikan.

“Kaum lelaki itu adalah pemimipin dan pengawal yang bertanggungjawab kepada kaum perempuan. Oleh kerana Allah SWT melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian daripada harta mereka.”
Surah An-Nisa : 34

Emosi perlu bagi wanita kerana tanpa emosi, kaum wanita ditakuti bertindak liar dan merosakkan. Tanpa bimbingan, nafsu lebih banyak mempengaruhi mereka daripada akal. Namun begitu, jika emosi dipimpin dan diatur selaras dengan syariat – wanita akan menjadi makhluk yang paling cantik, unik, sensitif dengan Allah, dengan makhluk dan alam sekitarnya. Barulah mereka menjadi mutiara yang paling berharga di dunia.


Bagi memimpin emosi, wanita perlu meningkatkan ilmu dunia dan akhirat. Jika ilmu dapat dipertingkatkan, daya fikrah (akal) juga akan menjadi kuat. Apabila daya fikrah kuat, nafsu yang liar akan dapat dididik dan ditundukkan. Nafsu yang telah ditundukkan akan bertukar kepada nafsu yang tinggi martabatnya di sisi Allah iaitu sekurang-kurangnya peringkat nafsu yang paling rendah yang dapat menjamin keselamatan di akhirat kelak. Ini dinyatakan sendiri oleh Allah SWT dengan firman-Nya yang bermaksud :
“Hai jiwa yang tenang (nafsu mutmainnah) kembalilah pada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya.” Surah Al-Fajr : 23


satu lagi faktor yang boleh menundukkan emosi wanita secara semulajadi ialah apabila wanita melahirkan anak. Pada setiap kelahiran anak terkandung 1001 rahsia Allah SWT perlu juga diketahui sedikit sebanyak oleh wanita itu sendiri. Sakit yang dideritai ketika bersalin, selain menjadi sebab untuk menghapuskan dosa-dosa yang lalu, juga akan menurunkan emosi wanita. Jika emosi boleh dibilang, maka pada setiap kelahiran itu gugurlah satu emosi. Inilah antara sebab mengapa wanita menjadi kian matang apabila anak semakin bertambah.


Tujuan kita mendedahkan kelemahan bukanlah kerana hendak merendah-rendahkan kaum wanita, tetapi supaya mereka terus terpimpin dan sedar di garisan mana harus mereka bertapak dan berpijak. Andai kata tredapat kekurangan dari segi hak dalam syariat Islam atau di dalam sudut-sudut yang lain, sebenarnya Islam telah menggantikannya dengan kelebihan dalam sudut yang lain bersesuaian dengan fitrah semulajadinya. Terjadi kekurangan itu adalah untuk faedah atau kepentingan kaum wanita itu sendiri.
Oleh kerana kaum wanita halus perasaannya berbanding dengan kaum lelaki, maka atas dasar inilah mereka lebih sesuai berperanan sebagai pendidik anak-anak dan menguruskan keluarga. Ini kerana bidang ini memerlukan seorang pengurus yang halus emosinya, dan tabiat ini sememangnya ada pada wanita. Ianya bukanlah satu penghinaan tetapi merupan satu penghormatan daripada Allah SWT. Di situlah letaknya kemuliaan.


Oleh sebab itulah, kaum wanita mestilah berusaha menjaga maruahnya supaya tidak tercemar. Usaha menjaga maruah diri juga merupakan satu cabang daripada banyaknya cbang ibadah. Ini termasuklah menjaga tutur kata, gerak-geri, tingkah laku dan apa saja yang berkaitan dengan peribadi wanita itu sendiri. Maruah wanita adalah sesuatu yang seni, halus dan sensitif. Bagi menjaganya, bukanlah mudah kecuali dengan ilmu dan iman yang kuat.

Saturday, July 11, 2009

Soal Jawab

Bismillahirrahmanirrahim.. Assalamu'alaikum wbt..

Kita bertanya : Kenapa aku tak dapat apa yg aku idam-idamkan?

Quran menjawab : "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. ALLAH mengetahui sedang kamu tidak mengetahui." Surah AL-Baqarah, ayat 216

Kita bertanya : Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab: " ALLAH tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dgn kesanggupannya" Surah AL-Baqarah, ayat 286.

Kita bertanya : Kenapa aku rasa frust?

Quran menjawab : "Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." Surah Ali Imran, ayat 139.

Kita bertanya : Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab : " Dan mintalah pertolongan kpd ALLAH dgn jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yg khusyuk. " Surah AL-Baqarah, ayat 45.

Kita bertanya: Kepada siapa aku berharap?

Quran menjawab : " Cukuplah ALLAH bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadanya. Hanya kepadanya aku bertawakal & dialah yg mmpunyai Arasy yg besar " surah At-Taubat , ayat 129

Kita bertanya : Apa yg aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab : " Sesungguhnya ALLAH telah membeli drpd orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dgn memberikan syurga untuk mereka." Surah At Taubat, Ayat 111.

Kita berkata : Aku tak tahan!

Quran menjawab : "...dan janganlah kamu berputus asa drpd rahmat ALLAH. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat ALLAH melainkan kaum yg kafir " Surah Yusuf, ayat 12.

Kita bertanya : Sampai bila aku akan merana begini?

Quran menjawab : " Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." Surah Al-Insyirah, ayat 5-6.

Firman Allah, "Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut(kepada musuh) dan (dengan merasa) kelaparan dan (dengan berlakunya ) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman dan berikanlah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar.Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa sesuatu kesusahan, mereja berkata: Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.Mereka itu ialah orang-orang yang dilimpahi dengan berbagai-bagai kebaikan dari Tuhan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya.(Al-Baqarah:155-157)

"Sesiapa yang apabila diuji,dia sabar,apabila diberi lalu bersyukur,dianiaya(kepada dirinya) lalu beristighfar( bertaubat),mereka adalah orang-orang yang memperoleh keamanan dan petunjuk(Riwayat Baihaqi)"